Monday, April 8, 2013

Serius : Gambar Samsung Galaxy S4 Tanpa Butang Home Bocor (3 Gambar)



[imagetag]

Khabar angin Samsung Galaxy S IV (Galaxy S4) telah lama kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu lagi. Namun, sebelum ini, hanya gambar konsep yang dikatakan Samsung Galaxy S4 sahaja yang bocor.

Kali ini, gambar Samsung Galaxy S4 terbaru sekali lagi bocor dengan gambar yang agak jelas. Pada pengamatan kami, gambar ini bukan dirakam pada peranti tetapi pada material cetakan. Gambar ini telah diperolehi daripada laman web SamMobile yang mendapat maklumat daripada kakitangan Samsung.

[imagetag]

Dari gambar bocor tersebut, Galaxy S4 menyerupai Galaxy S3 yang berada di pasaran sekarang ini. Perbezaan ketara ialah bebutang Home fizikal tidak terdapat pada Galaxy S4 seperti mana yang terdapat pada Galaxy S3 sebelum ini. Nampaknya Samsung akan memperkenalkan Galaxy S4 dengan bebutang maya pada skrin yang membolehkan paparan skrin lebih besar.

Di samping itu, bingkai panel atau bezel di sekeliling Galaxy S4 lebih nipis dan paparan skrin juga tampak lebih besar. Tidak pasti sama ada ia betul-betul merupakan Galaxy S4 yang dikatakan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Berdasarkan khabar angin sebelum ini, Samsung Galaxy S4 dikatakan akan dilengkapi dengan pemprosesan 2.0Ghz Quad-Core Exynos, skrin 4.99 inci dengan definasi tinggi, memori 2Gb dan kamera hadapan 2 megapiksel.

Sumber

#98fcde
SHARE THIS POST:
FB Share Twitter Share

IDEGUE NEWS

BERITA TERBARU

Blog archive

Fans idegue network

Followers

 

Idegue network Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger